Tuesday, April 19, 2011

Memperkenalkan Alya Izzati Binti Asyraf

A new addition to the family...... Puteri kedua dan anak ketiga ku "Alya Izzati binti Asyraf"
Lahir pada 18 March 2011 seminggu lepas hari jadi aku 11 March...
Hospital Sungai Petani pada 5:05 pm......
seberat 3.2KG paling berat antara kakak dengan abg dia..

Sebenarnya nama Alya ni pun 3-4 hari lepas bersalin baru dapat... pilih punya pilih....
Wan (Ayah aku) dia bagi cadangan Nurul Izzani.... tapi aku tak nak nurul.... cari punya cari.. nampak Alya... then sambung Alya Izzani.... macam tak kena .... ayah aku call member dia yang arif pasal nama ni, mintak pendapat.. so dia cadangkan Alya Izzati...... dapat lah nama anak aku yg ke 3 ni....


Gambar masa dah balik dari hospital 19 March 2011..... bill hospital.. RM 16.00 sahaja...hehehhee terima kasih hospital Kerajaan...

Gambar selepas di cukur rambut..... aku takde masa ni.. ade kat Offshore mcm skang ni.. biasa malam macam ni tak buat apa kat atas kapal ni.. so aku nak update blog...


Alhamdullih..... syukur sangat mak dan anak dua-dua selamat....

Kali ni beza skit banding dengan kelahiran Hamdi dan Faten... Kali ni aku dapat masuk tengok Eni bersalin.... first time dapat masuk bagi moral support kat eni...... macam ni lah rupanya perempuan bersalin......

Dari mula keluar kepala sampai habis aku tengok....... pucat rupaya warna bayi masa mula keluar.. baru aku tahu..... bila dah keluar pastu bayi tu menangis aku pun rasa lega sangat......

sebak sangat masa tu.. hampir nak menitis air mata aku tengok anak no 3 aku ni.... nak azankan pun tersangkut sangkut......

lepas semua ok.. aku pun keluar nak tengok si abg dan kakak dia kat ruang menunggu... nasib baik adik bongsu(Fadzli Harris) aku ade boleh gak tengok tengok deorang..... keluar je tengok dah kecoh duk main lari lari dua beradik tu....

Tahun ni genap 4 tahun aku dan Enii berkahwin... anak dah masuk 3 orang.... alhamdullih atas rezeki yang tuhan beri......


Rijal Hamdi, Faten Arij, Alya Izzati and of course Noraini my lovely wife..... love you guys soo much......

No comments:

Post a Comment