Tuesday, October 26, 2010

Adil ke aku?

Kadang-kadang tu ter pikir jugak... adil ke tak aku dengan orang yang aku sayang.....

1. Adil tak dengan Wife aku
2. Adil tak aku dengan parents aku, dengan parents Eni
3. Adil tak aku dengan anak anak

Kadang dalam kegembiraan.. terlintas jugak, gembira tak wife aku ni dengan kehidupan, kedudukan sekarang? Cukup ke apa yang aku bagi dia.... puas tak dia dengan apa yang aku bagi...
hari hari duduk rumah jaga anak anak... kemas rumah.. masak... daripada tinggal berdua sampai la tinggal berempat... dah nak masuk berlima insyaallah.... Daripada makan berjimat cermat hingga tak pergi jalan mana-mana..hingga mampu makan dah tak perlu jimat sangat macam dulu.....


Dengan parent pulak.... kalau mak ayah aku.. tak la kesah sangat sebab deorang boleh je nak datang jenguk aku dengan anak anak.... tapi parents eni.. duk kampung berdua harap anak anak balik jenguk.... angan angan tu nak bawak deorang jalan jalan... tapi belum kesampain... cuma dapat bawak tinggal kat manjung je kejap....

Anak anak pulak dah 2.... nak masuk 3....
aku skang pun rasa dengan adik adik aku.... sebab semua kata aku ni kesayangan mak... tapi rasa sama je... deorang je rasa lain... kalau boleh taknak la jadi macam ni dengan anak anak aku....



Makin besar Rijal Hamdi dah pandai main sorang sorang.... pandai tegur orang kat luar.... kalau pegang kamera nak ambik gamba je mesti dia sebut senyum sambil sengih...




Faten Arij pun dah makin besar.. skang ni dah berjalan... tat teh je dia dalam rumah sana sini.... kalau dengar orang menyembang tu mesti dia nak menyapuk... Ha? Ha? keluar dari mulut dia... macam orang sembang dengan dia...

Berat betul tanggungjawab sebagai Suami, Ayah, Anak, Menantu... sebab tu masa akad nikah dulu rasa gemuruh sangat.. nak terima tanggungjawab....

Semoga perjalan hidup aku keluarga aku, saudara mara, kawan kawan, di permudahkan oleh Allah... Amin...

Jom Tengok Fish......

Kali ni bawak jalan jalan ke Aquaria pulak..... dapat la cooperate price masuk sebab kerja kat KLCC... anak anak masuk free... cuma bayar untuk aku ngan eni je....

Sebabkan Hamdi suka sangat tengok ikan..memang excited sangat la nak bawak dia.....

Best tengok Hamdi excited nak tengok fish... tapi paling penat nak kepung ... kejap tengok fish sana...pastu nak tengok fish sini....
Duduk tunggu lama lama pun takpe kalau dah suka kan....

Adik tido masa ni... biasa la kan tempat sejuk..... walaupun bising skit tapi Faten tido jugak...
Ini masa dalam terowong... best tengok banyak spesis ikan kat sini... gamba gelap sini sebab tak di benarkan guna flash....

Hamdi tak puas hati nak masuk lagi....

Pantang jumpa touch screen ni main tekan je..... nak ajak pergi tempat lain pun susah....

opsss... Lepak minum susu dulu.... selamba je kat situ baring atas kerusi.....


Adik Faten pun tak mau ketinggalan..... asyik duk tengok ikan kuda (Horse fish).....


Balik dah.... Hamdi dah tak larat nak jalan... pastu ngantuk.....

Tapi apa pun best pergi Aquaria....

Jalan jalan Cameron Highlands

Lama tak post kat sini... baru 1 pastu dah terbengkalai....

Lama tak jalan jalan sejak bergelar ayah ni.... so bila pindah KL ni panjang la skit kaki nak berjalan....

Seronok Hamdi masa kat Cameron Highlands... sejuk ja (tak la sejuk sangat).... first time sampai sini untuk kami sekeluarga..

Perjalanan ke atas ni agak mengerunkan sebab naik dari tapah..jalan agak curam....hilang rasa mengantuk masa nak naik bukit.....


Petang tu jalan jalan tengok area Cameron... singgah bergambar kat Ladang teh.....Hamdi kira nak berlari je.... penat jugak la nak kepung...

Jenuh nak bergambar 4 beranak......


Esok tu ... jalan jalan kat kebun strawberry dengan kebun sayuran.....



penat jugak berjalan sini.. kira dah penghujung... cuma tinggal nak beli Teh dengan sayur je untuk bawak balik Padang Sanai ngan KL.....

Hamdi letih sangat berlari sampai tertidur kat bawah kerusi.....

Keletihan selepas berjalan.. puas rasanya hati bila tengok anak anak tido macam ni..... my pride and joy......